Thursday, January 27, 2011

Antara Wanita Itu...

Tersentuh saya baca komen dari Proud Mama's Dairy. Sayu dan sebak. *Speechless*.

Salam Ashra..
Bby sulong saya meninggal selepas 5 minit lahir. Doktor dapat kesan ketidak normalan baby sewaktu kandungan saya 7 bulan..( baby normal dari kepala hingga ke perut, tetapi lower limb tak develop) masa dapat kesan, doc kata dlm kes saya, chances untuk bby hidup selepas lahir mmg tiada ( kecuali dengan kuasa Allah) Saya pilih untuk teruskan kandungan sampai full term.. lebih seminggu.. 41 minggu..saya keluar masuk labour room selama 3 hari.. hari ketiga selepas 3rd induction, baru ada gesa sakit dan lahir selepas lapan jam sakit di labour room.. Walaupun, hiba hanya Allah yang tahu, saya rasa puas kerana saya telah menunaikan tanggungjawab menjaga kesihatan diri sewaktu mengandungkan dia...memberikan kasih sayang sewaktu dia ada.. Mungkin yang Ashra lalui berbeza.. Namun ceritanya sama.. Ashra telah menunaikan tanggungjawab sebagai ibu sewaktu dia dalam kandungan, sehingga hari ini sebelum kelahirannya... Walaupun bby Iman telah tiada, damai di alamnya, Ashra telah pun melunaskan tanggungjawab sebagai ibu yang sempurna sewaktu mengandungkannya.. Iman pasti tahu itu.. Kelak dia menunggumu, untuk memimpin tangan sama2 ke syurga.. dia juga pasti doakan Ashra dan dia, untuk punya adik-adik yang comel kelak... insyaalah..

Begitu juga dengan rakan2 lain. Million thanks! atas doa kalian..

Apalah daya saya tika ini..saya cuba melalui hari2 dengan tabah insyaallah.
Saya sangat menghargai detik2 bersama Nur Iman
Selagi jasadnya bersemadi dalam rahim ini...

Kerana saya sedar,bukan saya seorang merasakan saat2 itu..
Tiap2 orang ada coretan pengalaman pahit yang tersimpan dalam diari hidup masing masingkan..

Yang inginkan anak,masih belum rezeki.
Yang keguguran sekali dan berkali kali
Yang meninggal dalam kandungan anak pertama atau kedua atau berikutnya
Yang meninggal sejurus dilahirkan
Yang telah pun menjaga,membelai,menyusukan..
pergi jua mengadap Ilahi.
Dan ada yang diberi ketabahan memelihara anak2 istimewa..

Kita adalah sama kan...kerana kita lah wanita itu..yang menjadi anak,isteri dan ibu...
Apa jua bentuk dugaan itu adalah untuk menguji sejauh mana tanda syukur kita pada Allah terhadap apa dan siapa yang kita miliki sekarang...- sebagai HambaNya jua -

Hakikatnya,siapapun yang kita sayangi hilang di dunia ini,pedihnya tetap sama..
Dari itu, hargailah detik2 manis kerana kita tatau bilakah datangnya detik2 pahit seperti ini.


Lilypie Angel and Memorial tickers




5 comments:

irmafittaputri said...

sedihnye...ashra...kita mesti kuatkan...jgn down ye

sya said...

hmmm, sedihnya tengok ticker tu ash....
masing2 ada dugaan dan kesedihannya masing2 kan... setiap kita akan kehilangan... moga apa yang berlaku, lebih membuatkan ash tabah untuk tempuh kehidupan ni... insyaAllah...

ayu said...

sedih bila baca kisah kak lid tu tadi...
dugaan sungguh kan..moga selepas ni, ash akan terus bertambah kuat ye..

FrH said...

meremang aku baca komen kak lid tu .. tersentuh sgt.
btw, sabtu lps (lps kau inform psl baby iman), kawan aku masa belajar jugak meninggal anak ke-2nya, masih dlm hari (baru 35hari) .. punca meninggal unexplain by the doctors.
sedih :(

cahayamalam said...

Yang inginkan anak,masih belum rezeki.
Yang keguguran sekali dan berkali kali
Yang meninggal dalam kandungan anak pertama atau kedua atau berikutnya
Yang meninggal sejurus dilahirkan

kata2 itu buat sy menitis airmata...kerana telah melaluinya berulang kali....sehingga kini...selama hampir 17thn usia perkawinan dan tetap menunggu kehadiran cahayamata......
Hanya Allah sahaja tahu setiap ujian yg diberi pada kita...
Yg penting tanam dlam diri kesabaran atas ujian Allah...bahawa Allah sayang kita...

Related Posts with Thumbnails