Friday, May 27, 2011

Sungguh2 Rupanya Si Dia....Menjaga Kesihatan.

Memang selalu saya dan aleesya follow hubby dengan kegiatan kongsi gelapnye..
(Hehe..jual beli di malam hari!)



Seperti biasa, katanya nak beli Game PS3.
Selalunya saya tak hairan pun....suka nak mengekorrrr je ke mana2..
Memang tau die kaki game dari zaman bujang2 lagi....



Koleksi Wii dan PS3


Err..tapi ape kena mengena dengan tajuk di atas plak?..
Ye..kali ni memang saya terkejut dan tersenyum.
''Sungguh2 rupanya laki aku nih....''

Menjaga kesihatan ye,bukan takut gemuk..opss...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Ada heart rate monitor lagi nih....

Hehehe..(tutup mulut,senyum belakang2...)
Chaiyok!..Chaiyok!


(err..saya?.......malassssssnyeeeeeeee nak exercise! Tapi umur bukan muda pun.waaaa.)



Thursday, May 26, 2011

Death By Chocolate Cake!

I like being a chocoholic ~ it's like being transport into paradise..ngee..

Thanks to Idaz for the recipe..
I think it's the best chocolate cake I ever ate..so dam* yummy!
(hubby pun puji....walhal die bukan kaki coklat pun)

My first attempt............................................
(seperti biasa,mem'baking di malam hari..)




Now that is what I call a Death by Chocolate Cake!



***************

Moist Chocolate Cake Recipe

Kek Coklat
Sumber:
Idaz : Dari Dapur Kecah

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (saya guna Van Hauten)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu jus lemon

Cara-cara :
-Panaskan oven pada suhu 160C.
-Sediakan loyang kek (best option:7'x7'). Griskan dengan mentega.
-Ayakkan tepung + baking powder + soda bikarbonat dan serbuk koko dalam bekas.
-Masukkan tepung susu + garam dan gula perang. Kacau rata.
-
Masukkan air sejuk + minyak masak + esen vanila + coffee emulco/chocolate emulco.
-Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
-
Akhir sekali masukkan jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
-
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
-
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


Topping ~ Ganache Recipe
Sumber : Joyofbaking.com

Bahan bahan
125 g semisweet/bittersweet chocolate
100 ml whipping cream
1 sudu besar butter

Cara cara
-chocolate bar dipotong kecil-kecil dalam satu bekas,ketepikan.
-Panaskan sebentar whipping cream + butter hingga hampir-hampir mendidih
(saya panaskan dengan micromave je sbb malas!ngee)..
-Tuangkan campuran ke dalam coklat tadi.
-Selepas seketika, kacau sebati.
-Tuang ke atas kek


p/s* kepada yang bertanya:saya punya microwave oven.





Wednesday, May 25, 2011

Sesuatu Yang Berbeza

Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku..
Semoga tuhan mendengar doaku..
Untuk cinta ini


Antara bait bait lirik dari 'Sofaz- Sesuatu Yang Berbeza' tuk tema slot akasia - Nora Elena.


Saya tak pernah baca pun novel 'Kasih Suci' ini.....
Tah kenapa..saya terasa menjiwai ketiga2 watak dalam drama ini. ''Seth,Elena dan Eid.''

Dengar lagu2 tema pun cukup menyentuh hati. Tengok part2 tertentu pun rasa ala2 bergenang airmata. Kisah cinta yang betul2 menyentuh jiwa saya laaa kali ini....

Nora Elena adalah drama terbaik di hati saya selepas Chinta!


Banyak slot akasia ni,saya tengok tebuk2 je. Layan pun gitu2 je..
Tapi, Selepas Chinta, akhirnya temui Nora Elena buat saya giler melayan....

Atau mungkin kisah 'Dua Cinta,Satu Jiwa' ini yang saya selami sebenarnya..

Chinta
Kisah satu lelaki,dicintai dua wanita dan membawa kepada pengorbanan isteri yang cintakan suami.

Nora Elena
Kisah dua lelaki mencintai satu wanita membawa kepada pengorbanan suami memenangi hati isteri.


Emm..mungkin juga...
'Dua Cinta,Satu Jiwa' ini membuat saya lebih menghayati kisah cinta yang menyentuh pengalaman hidup sendiri dalam mencari
'Kasih Yang Suci'.

(waaa..tragisnya ayat...sob sob..)


p/s : hubby da siap2 download kan lagu2 tema Nora Elena dalam henponku.*suka*


Tuesday, May 24, 2011

Homemade Sausage Buns & Cheese Sticks

Meroti di malam hari untuk sarapan pagi ini..
Resepi yang sama dengan Homemade Kaya Bun, cuma isinya lain la kan..Thanks to my friend, Liza..siap call die malam tadi tanya cane nak gulung ini roti.hehe



Mini Sausage Buns


Dek kerana jeles, Si dia balik keje malam tadi,sampai2 je umah,die nak juga meroti.....hehe.

Si dia pun dengan rajinnya membuat roti ini.


Cheese Sticks

Hoyay..!
Siap bakar kul 12 malam tadi..
Sarapan pagi ni,tinggal buat air panas je...~wink wink!~
Leh bangun lambat sikit




Kami Sama-Sama Kehilangan

Sedih..dan simpati untuk Melna. Rakan alam maya yang saya kenali sewaktu saya kehilangan anak kedua saya. Perbezaan kehilangan kami,hanya pada jarak masa seminggu.

Anak kami sama2 meninggal dalam kandungan.
Kalu saya berat dugaannya...
Melna berkali kali lebih berat dari saya.

Saya kehilangan anak kedua Nur Iman ketika usia kandungan mencecah 7 bulan.
Melna kehilangan anak pertamanya, Aqeel ketika da pun berusia cukup 9bulan.

Amelna,
Tiada kata pujukan buat Mel dapat saya sampaikan.
Hati saya juga turut dihimpit sayu dan kesedihan.
Seumur hidup saya,itulah pengalaman terpahit pernah saya lalui.
Moga Allah gantikan kehilangan ini dengan sesuatu lebih baik.

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Dan Maha Penyayang.
Hikmah di sebalik kehilangan itu besar tersembunyi dalam ilmu Allah.
Mudahan Melna murah rezki lagi ya!

My thoughts and Prayer Go with You..




Monday, May 23, 2011

Rentetan : Tema Raya 2011

Rentetan dari tema raya Idaz dan Izwa....
Saya pun menyambung gak la,boleh?.....hehe.

Tahun ni me and hubby,sepakat untuk bertemakan 'bronze color' untuk hari raya pertama.

Dan...................................
saya teringin sangat nak pakai muslimah dress...

Google sana sini,aduhai..........
jatuh hati la dengan dress ini...menepati citarasa dan kaler tema raya saya ni.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Ye ye..saya tahu,saya tidak secantik wardina safiyyah..Tinggi lampai,berbadan ramping seperti dia..hehe.Tapi, tak salahkan kalu *berangan* kan kan..ngee...

Atau kengkawan ada terjumpa Muslimah dress yang sesuai untuk hari raya?..Please..help me.. hehe



Kalau lah hubby ter'baca' ini entry, saya tulis jeeeeeee tau! hehehe.
~dari wife u yang noti selalu...~


Saturday, May 21, 2011

Memarahi Anak Kecil

(Dari perspektif saya)
Walaupun bergelar SAHM, belum boleh dikatakan contoh terbaik dalam mendidik anak. Lagi lah saya anak baru sorang kan. Pada saya,tiap-tiap orang akan berbeza pandangan dan pengalaman kerana kita mempunyai gaya hidup yang berbeza.

Melalui pembacaan saya, tv show (Nanny 911) dan pengalaman dari ahli keluarga saya, serta pengamatan saya pada kanak2 lain, saya cuba satukan untuk belajar mengenali anak (anak2) saya. Pengalaman selama dua tahun ini, dan 24/7 bersama anak saya sedikit sebanyak saya mula memahami karaktor dan sikap anak-anak kecil ini.

Saya mulakan pembelajaran saya melalui anak pertama (anak seorang). Antara teknik yang saya belajar, dan saya aplikasikan serta berkesan tuk kehidupan keluarga saya :
(untuk kanak kanak 1-3 tahun yang masih confuse menilai mana baik mana buruk)



Ibubapa harus bertindak sebagai satu kumpulan.



Kalau si ayah marahkan si anak atas kesalahan, si ibu tidak boleh jadi medium pemujuk. Si ibu harus diam dahulu atau sama2 menegur kesalahan itu. Pujukan itu perlu diberi masa. Jangan terus menerus memujuk. Situasi sama kalu si ibu pula marahkan si anak. Si ayah bukanlah medium untuk anak ini meminta dipujuk.

Bila kita wujudkan satu 'safe point' untuk si anak, mereka lambat belajar atau mamahami kesalahan mereka. Mereka akan lebih keliru dengan perlakuan antara ibu dan ayah. Secara tak langsung mendidik sifat anak menjadi terus degil semakin meningkat umur.

Ibubapa tak boleh kontra antara satu sama lain.


Suara lebih berkesan dari memukul

Kadang kadang bila kita terlalu marahkan si anak,tangan kita pun sepantas kilat kan untuk 'lepuk' si anak. Dulu saya pun begitu. Tapi pendapat saya, suara lebih memainkan peranan dalam mendidik anak.

Bukan bermakna kita terjerit-jerit marahkan anak. Menjerit dan meninggikan nada suara adalah perkara berbeza. Frekuensi nada tegas yang tinggi dan memandang tepat kepada anak lebih berkesan untuk fahamkan apa yang kita sampaikan dan mendisiplinkan si anak.

Menjerit lebih bersifat kepada marah/geram
dan menganggu emosi anak.

Psikologi?
Pada saya,kanak kanak kecil 1-3 tahun ni,belum faham peranan 'kata kata bebelan' secara psikologi ini.

Contohnya,
Kalau si anak membaling barang, atau terbalikkan pinggan atau koyakkan buku,atau mencoteng dinding dan kita dengan lemah lembut kata 'sayang,tak boleh lakukan begini...bla bla bla bla'.

Adakah si anak akan memahami bebelan kita? Sedangkan si anak sekitar umur ini belum lagi mahu memahami isi percakapan kita. Si anak kecil (1-3tahun) ni lebih kepada sifat untuk explore semua perkara dan bermain. Berbanding kanak-kanak yang semakin meningkat umur (3-6tahun), mereka memahami isi penyampaian 'kata kata bebelan' secara psikologi ini.

Memandang tepat padanya,dengan nada tegas menegur kesalahan yang dilakukan lebih berkesan. Nada itu akan buat mereka lebih faham akan kesalahan dilakukan. Bila kita ulangi nada kita, mereka akan atau,yang kita sedang marah atas kesalahan yang ingin diulanginya itu

Tak percaya?emm..kalu saya katakan,si anak2 kecil ini, sering ulang perbuatan dan kesalahan mereka,tentu samakan. Contohnya,kalu terbalikkan pinggan,dan baling barang. Esoknya buat lagi dan lagi kan. Mereka belum ada daya memahami 'serik' kalu dipukul, atau mengingati perbuatan salah mereka dengan bebelan kita. Sebaliknya, nada yang tinggi dan tegas, si anak akan lebih mudah membezakan keadaan.

Pendapat peribadi saya,didikan adalah mengikut kesesuaian umur.


Menjatuhkan Airmuka Kedegilan Anak



Biasanya, anak2 kecil ini, bila kita marah, mereka akan lagi memberontak sebagai tanda protes dan degil kan. Cara saya, tiap tiap kesalahan yang si anak buat, saya akan jatuhkan kedegilannya sehingga die akui kesilapan dan saya ajarkan untuk say sorry. Selagi tidak cakap sorry,selagi tu saya tetap akan terus dengan kedegilan saya juga untuk memujuk.

Sedikit demi sedikit, mereka akan belajar untuk akui kesilapan mereka sebaik kita memarahi mereka. Bila semakin meningkat umur, mereka mula memahami persekitaran.


Tidak Boleh bermakna Tidak!

Ketegasan dalam memberi arahan 'tidak boleh!' perlu diteruskan dengan perbuatan tidak. Ibubapa tidak boleh mengalah hanya kerana anak menangis, menjerit jerit untuk dapatkan sesuatu.



Let them know, WE are the boss.
Lets not let them feel,I am the boss.


*****

Ini antara sedikit ilmu dan pengalaman saya yang saya cuba kongsikan. Walaupun pengalaman dalam mendidik anak2 masing2 berbeza untuk setiap keluarga,tapi saya suka nak kongsikan apa yang saya pelajari,saya aplikasikan dan berkesan untuk keluarga saya. Manalah tau,kalau2 ada yang nak mencuba teknik ini...

Pernah dengar tak...

Event though all explanations and standards are just more bullshit from the mind, some work better than others.
~ Brad Blanton, Radical Parenting ~





Friday, May 20, 2011

Kisah Si Berus Gigi

Satu pe'el saya yang sangat tak boleh tengok hubby lebih *berus gigi* ~ngee~
Hubby suka try macam2 jenis berus gigi.
Saya plak suka try berus gigi die.
Try jeee ok. Bukan share2 ye.hehe.

Baru2 ni hubby tukar lagi.
Die kata Syste** tak best..
Saya pun tentulah ada gak kan.
Saya pun menyokong pernyataannye.hehe

Die kata lagi,
'Dari bujang lagi teringin nak beli ni. Tapi dulu mahal,rm80 lebih...
Bila Colgate da keluarkan jenis ni,da murah da...'


Masa beli tu,saya siap kata,
'Ni berus gigi orang malas ni'

Esoknya, dek kerana jeles die punya lagi canggih...
saya pun ala2 nak ngetest, tapi I kena sergah you................
(die tau pe'el saya)

'haaaa..buat pe? owhhh..nak test2 yek?'

Punyalah terkejut,saya sengih je.
Tetap trus menunaikan hasrat hati..

Da sudah,cakap hubby,
'Best la..terasa cam jumpa dentist. Terasa bersih dan puas.Nak beli jugak la.'

Hubby pun jawab,
'Ok. Nanti kita beli rechargeable battery eh'

Batteri je ke? berus giginya? haruslah gi giant nanti,amik senyap2,masuk bakul buat tatau je kan..Hehe.Noti tak saya?...

p/s : gambo tu da macam promote Colgate la plak ye!


Thursday, May 19, 2011

Facebook Oh Facebook!


Agak-agaklah kan..
Kenapa orang sayang nak delete/deactivatekan facebook eh?
Atau rasa ketinggalan ke kalau takder facebook ni?
Atau ikut trend masakini?

Untuk kes tertentu,
Mana lagi baik, menyakitkan hati sendiri atau tenang tanpanya?..

Tengok rakan2 alam maya,kesian pun ada bila rasa tak senang dengan status orang2 tertentu.
Pinjam ayat dari forum..

wife ****** tu dulu bunting pelamin.
very excited tiap2 hari update kt fb, so rase sgt x selesa dgn die.


rasa sedih dengar kawan2 announce pregnant kat fb, dah macam musim pulak masing2 buat announcement, sebenarnya tumpang gembira bila dengar kawan2 pregnant, tapi sedih untuk diri sendiri sebenarnya, bukan menidakkan rezeki Allah..hati perempuan kan...


Pada saya la kan.........
ini pendapat peribadi saya lah..

Dalam apa jua keadaan kita,kita harus berlapang dada menerima persekitaran kita. Saya tau,bukan senang,tapi kita diri sendiri kenalah cari jalan mendapatkan ketenangan diri.

Yang gembira/bahagia tentu tentunya teruja bila bercerita. Kita tak boleh mengharap,mereka faham hati kita yang tengah bersedih. Kita tak boleh juga,menghalang apa yang ingin mereka kongsikan. Gembira sifatnya 'lupa'.

Yang tengah bersedih,mendekatkan diri dengan yang tengah gembira,kan menyakitkan hati sendiri namanya tu. Sedih sifatnya 'luluh'. Kalu rasa tak kuat berhadapan dengan situasi, deactivatekan je dulu facebook tu. Hati pun tenang...atau cari rakan2 yang tengah bersedih atau lagi sedih dari anda.

Lumrah facebook,
Gembira itu akan diwar warkan..
Marah juga dinyatakan.
Hanya kesedihan itu disembunyikan

To me,
Blaja kenali lah diri sendiri dulu sebelum minta orang lain memahami diri kita.Bila kita kenal sifat diri kita, kita akan tau apa yang sesuai dengan kita.

********
This is general talk ye..
Takder tujuan memburukkan sesiapa,atau menujukan kepada pihak tertentu. FB ni ada kebaikan,ada keburukan.
Saya cakap ni berdasarkan pengalaman...

Saya dulu ada fb,skang takder...
Saya dulu gembira/teruja dapat anak pertama...
Skang saya sedih kehilangan anak kedua...

So,lucky me!...
Saya faham kedua2 belah pihak.
Yang sedang gembira,dan yang sedang bersedih.....

Yang penting,
Jangan sedihkan hati sendiri.... *wink~wink*
Pilihlah yang mana molek..


Wednesday, May 18, 2011

Kesedihan Membawa Kami Ke Sini

Sedih dan sayu..
Bila bendera merah terpaksa diangkat semalam.
Kalu dulu saya sabar menanti 7 bulan,kini harus sabar lagi menanti bulan ke bulan pastinya. Wallahulam.

Dan kesedihan itu juga telah membawa kami bertiga ke mari....


Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah


Bukan meraikan mereka seperti di media sebagainya..tidak juga beraktiviti dengan mereka. Sebaliknya saya dan hubby belajar mengenali kehidupan di sini. Memahami hakikat kehidupan.

Alhamdulillah....
Kedatangan kami suami isteri selama hampir setengah jam,disambut baik oleh pihak pentadbir (En.Dzul dan isteri). Banyak pengalaman dikongsi. Pahit manis susah senang mengharungi perjalanan bersama anak2 yatim dan anak2 dari keluarga miskin semua diceritakan. Ada yang baik kisahnya. Ada yang buruk yang tidak dipaparkan umum. Itulah realiti kehidupan yang kami garap.


Denda atas kesalahan


Belajar dan menyiapkan kerja sekolah

Mengandung, melahirkan dan mempunyai anak hakikatnya bukanlah kegembiraan semata2. Tapi amanah Allah yang perlu dipikul ibu bapa. Tidak memiliki anak, miliki anak yang sikit atau anak yang ramai adalah ujian. Kaya dan miskin juga adalah ujian. Telah Allah aturkan tiap2 orang dengan aturan-Nya. Antara kita ingin menerima hakikat kehidupan kita atau menolaknya.

Dan saya temui jawapan kesedihan saya harini dalam kata2 ini,

“God allows us to experience the low points of life in order to teach us lessons we could not learn in any other way. The way we learn those lessons is not to deny the feelings but to find the meanings underlying them.”

~Stanley Lindquist~



Dan akhirnya kami melangkah keluar dari situ dengan membawa erti kasih sayang, kebahagiaan dan keselesaan. Kami dapat belajar satu kehidupan di satu sisi yang lain.

************

Allah dalam firman-Nya yang bermaksud :

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
(Surah an-Nahl ayat 18)

Syukurilah segala nikmat-Nya sekecil apa pun nikmat itu menurut kita, kerana Allah menjanjikan pahala bagi orang yang mahu bersyukur, dan mengancam dengan seksa bagi orang yang kufur.

***************






Monday, May 16, 2011

Aleesya Turns 2 Party

Rezeki Aleesya kan..
Kalu ikut EDD adiknya Aleesya,mama-nya tengah berpantang ni.hehe...

So, to make our life more colourful and keep smiling ~ we decided to celebrate Aleesya's 2nd year birthday with close friends and our families.

15 Mei 2011 - Aleesya turns 2!


The Deco

Our simple birthday deco..
credit to my sweet hubby - rajin menghias...hehehe..







The Cake and Cupcakes



Blowing Out The Candles





Makan Makan Time!


Birthday Girl!







Kepada yang tiada dalam gambo,sori eh..tuan rumah busy terbang ke sana ke mari,memang mana nyempat je dapat snap...ngee..

Thanks ya! kerana sudi memeriahkan majlis kecil kami ni......



To my sweet hubby :
Thanks for being such a wonderful husband and a great papa
to our precious girl!

To my lil' girl:
Happy Birthday,Sayang! Be good ok.....


***************

Last but not least..
Taraaaa..........................

The Happy Moment!

Aleesya says thanks to all!....






Da habes main kemas ye.....hehe


*More pics in Yani's : Aleesya's Birthday Party


Related Posts with Thumbnails